Kellie Castle Trip

Unexpected Vacation / Balik Kampung 2H1M (29-30 Dis 2018)

Aku cerita sikit macamana percutian ini terjadi. Hari Jumaat petang, sesampai aku dirumah terus aku bertanya pada husband. Nak balik kampung ke? Husband aku jawap ok aje. So aku cari hotel melalui booking.com. So dapat booked hotel yang biasa kami menginap setiap kali balik kampung).

Sun Inns Hotel Sitiawan. Murah beb. Kenapa aku kata murah, dengan harga yang ditawarkan siap ada kolam renang lagi. Mana nak dapat…… Pasal harga tu, google le…..

So selesai booking hotel, aku bagitau aiman n aidil (anak²), kita balik kampung untuk 1 hari. So diaorg tahu nak packing camna sebab masing² dah besar panjang.

DAY 1

Perjalanan bermula awal pagi iaitu jam 6.00 (sesudah subuh). Husband aku suka jalan pagi². Katanya sejuk, nyaman dan mata masih segar lagi.

Kami cadang untuk guna hiway utara-selatan (jalan duta – tanjung malim). Kami exit di Tanjung Malim untuk breakfast (lupa pulak nama kedai mamak tu)

Selesai breakfast kami meneruskan perjalanan melalui jalan lama untuk ke Bidor, seterusnya ke Teluk Intan dan Sitiawan.

Tetapi…….

Ondaway, husband aku bertanya….. Nak ke Kellie’s Castle tak? Pucuk di cita ulam mendatang, lagipun aku tak pernah sampai ke sana lagi.

Kira² sejam setengah perjalanan dari Tanjung Malim, kami sampai di Kellie’s Castle. Cuaca sangat cantik pada hari ini.

Sedikit info
Parkir kereta RM2.00
Tiket masuk RM4.00 seorang bagi warganegara malaysia

Sedikit info tentang Kellie’s Castle

Dibina pada tahun 1905 oleh seorang peladang getah dari Scotland bernama William Kellie Smith. Struktur bangunan 3 tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana moghul di bandar Agra, India. Tukang rumah ini dibawa khusus dari Madras.

Bangunan ini mempunyai 14 bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia. Ia juga dilengkapkan dengan lift. Di tingkat 2 terdapat sebuah padang tenis yang berlantaikan simen.

Bagaimanapun bangunan ini tidak sempat siap setelah Kellie Smith meninggal dunia. Apa yang ada sekarang adalah di dalam keadaan ‘sedang di bina’ sama seperti dahulu dan telah menjadi tarikan pengunjung kerana keunikannya.

Husband aku kata, di tahun 80-an dan 90-an suasana disekitar Kellie’s Castle ini penuh dengan hutan rimba. Nampak dari jalan besar, sangat menakutkan dan menyeramkan.

Setelah puas meninjau istana tersebut kami berehat sebentar di cafe yang ada disitu. Husband aku sempat juga beli “bookmark” dan anak² beli “button badge”. Hehehehe kat sana ada air durian belanda (buat dari puri durian belanda sahaja) yang sangat sedap sebab tidak dicampur dengan gula. Sebotol RM5.00 sebotol. Banyak jugak husband aku borong. Abah (bapa mertua) aku memang suka air durian belanda ni.

Perjalanan diteruskan ke rumah arwah opah (mak dan bapa mentua aku mendiami rumah tersebut) di pekan sitiawan. Senyum aje mak mentua aku bila kami sampai. Maklumlah surprise…….

Jam 3.00 petang kami check-in di Sun Inns Hotel dan anak² terus terjun kolam. Aku dan husband ambil keputusan untuk berehat di bilik sahaja.

Oh ya….. Lupa nak bagitau. Kami lunch di restoran chicketory. Dekat aje dengan rumah mak mentua aku ni. Tak sampai 10 minit jalan kaki. Apa yang boleh aku bagitau, kat sini makanan dia sedap dan harga berpatutan. Kami order makanan masakan malaysia secara ala carte aje.

Agak lewat petang kami bergerak ke pekan lumut. Tujuannya hanya satu. Husband nak shoot sunset @ lumut. Sempat jugak dia jumpa dengan kawan dia (brader sham @ clown). Siapa tak kenal dengan brader ni. Sesiapa yang nak ke pangkor pasti akan jumpa dengan brader ni yang berpakaian seperti clown di jeti lumut.

Selesai di lumut, kami kembali ke rumah mak di sitiawan untuk makan malam. Kami dah janji untuk tapau makanan dan makan sama².

Apa lagi lepas tu balik bilik dan tidur. Puas satu hari merayap.

 

DAY 2

Nama pun santai. So bangun pagi pun santai² aje. Sempat breakfast di Restoran Bawah Pokok. Tempat ini dah wujud lama di Pekan Sitiawan. Memang terkenal kepada warga Sitiawan untuk bersarapan kerana kepelbagaian juadah yang dijual di sana.

Sebelum perjalanan pulang ke Putrajaya, kami singgah sebentar di rumah mak.

Perjalanan balik, kami melalui jalan lama (kami panggil jalan Kuala Selangor). Niat nak berhenti ditepi sawah disekitar seberang perak, tetapi sawah dah habis musim menuai (petak sawah dogol aje). So teruskan aje perjalanan.

Kami hanya berhenti singgah di Petronas Setia Alam untuk beli pizza hut (tapau, makan kat rumah). Dan seperti biasa, opah akan menyediakan 2 bungkusan (nasi dan nugget) untuk cucu² (aiman dan aidil). Dan seperti biasa aidil akan makan makanan itu di dalam perjalanan.

Syukur alhamdulillah, perjalanan pergi dan pulang selamat dengan izinya. Walaupun singkat tetapi penuh bermakna.

Leave a comment