Sedikit perkongsian pengalaman saya dan suami ke Pulau Bali selama 4 hari 3 malam (23 nov 2018 – 26 nov 2018). Diharap dapat menjadi sedikit sebanyak petunjuk dan info kepada sesiapa yang merancang untuk ke Bali.
Day 1
Putrajaya – KLIA
Seperti biasa kami naik ERL. Sebab cepat dan murah. Sampai di KLIA, first thing g wrap beg (RM13/bag). Huhuhu bila nak balik masa kat Ngurah Rai, tak jadi nak wrap bag…. IDR80k (RM24)……
So lepas check-in, perut dah berkeroncong. Singgah di Noodles. Portion makanan kat sini memang banyak bagi kami berdua. Next trip, boleh share.
Penerbangan dari KLIA – Denpasar mengambil masa 2 jam 45 minit. Selesa naik MAS sebab tak perlu pikir nak book makanan atau berapa kg nak beli untuk luggage. Harga tiket RM399 seorang pergi balik. Kalau nak murah senang aje. Beli awal. So untuk trip ni, kami dah beli tiket 10 bulan awal dari tarikh penerbangan.
Penerbangan pada hari itu alhamdulillah berjalan lancar. Cuma kapal terbang kami berlegar² dan berpusing² dalan 3 kali kot sebelum mendarat. Aku tak tahu kenapa tapi bila sampai di bawah, rupa²nya punya lah banyak kapal terbang. Kapal terbang kami tak dapat untuk rapat pada terminal. So merasa lah jugak naik aerobus yang panjang tu.
Sampai di terminal, terus ke imigresen. Adeh punyalah ramai manusia. Kami syak memang ada flight delay. Huhuhuhu sejam setengah jugak beratur untuk cop pasport.
Selesai urusan pasport, kami terus ke custom dan kemudiannya mencari pak supir yang telah di booked (IDR200k). Ada satu peristiwa lucu telah berlaku pada suami ku. Akibat terlalu haus, dia telah membeli 2 botol aair mineral (evian) dengan harga IDR40k (RM12) sebotol. Mahal beb…… Bila naik kereta yang telah di booked, huhuhu ada air n biskut lagi disediakan…..
Kami menginap di Tanaya Bed and Breakfast di Legian IDR1,026,141 untuk 3 malam (RM297). Orang Malaysia jarang kot lepak sini. Sebab sepanjang kami di sana tak jumpa dengan orang Malaysia. Area sini, berdekatan dengan tempat Bom Bali. Jarak dari tempat kami menginap adalah lebih kurang 7 minit berjalan kaki. Memang dekat. Kat area sini pun banyak pub. Tapi hotel kami masih ok dan terhindar dari bunyi bising, walaupun dekat dengan jalan.
Untuk makluman bom bali berlaku pada 12 Oktober 2002. Mengorbankan 202 orang dan 240 lagi cedera
Nota tambahan, kat area sini pun banyak kedai2 untuk shoping. Kena pandai tawar menawar untuk mendapatkan harga yang sempoi.
Lepas check-in hotel, kami sempat merayau sekitar Legian. Suami aku sempat beli sehelai tshirt untuk dipakai esok katanya. Dia bawak sehelai baju sahaja. Tapi apa yang berlaku pada esoknya, dia tetap pakai baju semalam sebab katanya baju tu masih ok lagi.
Penat berjalan kami balik ke hotel dan makan malam di hotel sahaja. Nasi goreng dan mee goreng. Portion dia boleh tahan juga banyak nya.

Day 2
Sarapan di hotel bermula jam 7.30 pg – 11.00 pg. Tempat nya di aras 1. Best jugak breakfast di tempat terbuka sambil melihat pemandangan di jalanraya (melihat aktiviti masyarakat setempat). Kebetulan hari sabtu. Kami lihat ramai anak² macam memakai baju untuk kokurikulum. Ada yang berbasikal, ada yang naik motor dan ada yang dihantar oleh ibu atau bapa.
Dah melalut sikit. Kembali pada breakfast. Menu kat sini agak banyak juga. Dia bukan bercorak buffet. So kami order nasi goreng dan set english breakfast (roti dan omelate). Air nya boleh minta jus atau air panas (kopi atau teh).
Selesai breakfast, sempat juga ke indomaret untuk membeli air mineral dan sedikit makanan buat alas perut semasa lawatan nanti. Kat area sini memang banyak convenience store (circle k dan indomaret). Dalan 50 – 100 meter pasti ada kedai ni. Tepat jam 9 pagi, tour guide kami (Dana) tiba. Very punctual……

Antara menu sarapan pagi……..
Lawatan 1
Tegenungan waterfall
Lokasi : Desa Kemenuh, Kecamatan Sukawati, Kabupaten Gianyar.
Tiket masuk : IDR15,000
Perjalanan dari hotel ke sini mengambil masa sejam dengan jarak lebih kurang 30 km. Ye la, jalan di sana banyak kenderaan. Ada satu peristiwa yang telah berlaku dimana kenderaan yang kami naiki tiba² enjinnya mati semasa macet dijalanan. Panik juga Dana waktu itu. Sempat juga suami ku jadi pemandu semasa Dana menolak kenderaan bagi percubaan untuk menghidupkan enjin. Kegagalan kami temui. Alhamdulillah ada seorang penunggang motorsikal yang berhenti dan cuba membantu. Kini giliran Dana pula memegang stering kenderaan, manakala suami ku cuba untuk menolak kenderaan. Belum pun percubaan yang pertama, kenderaan tersebut berjaya dihidupkan. Pergh….. Lega rasanya. Perjalanan diteruskan.
Apa yang ada di Tegenungan Waterfall.
1. Kedai² cenderahati (kami xbeli apa² di sini)
2. Of course ada waterfall
3. Pura (Balinese temple)
Untuk sampai ke lokasi air terjun, kami harus berjalan kaki menuruni anak² tangga. Dari atas memang boleh nampak air terjunnya. Permandangan sepanjang menuruni anak² tangga itu sangat menarik dan ada pit stop dimana disediakan tempat (yang dibina agak menarik) untuk mengambil gambar. Tapi harus hati² sebab agak licin.
Sedikit info berkenaan Tegenungan Waterfall.
Memiliki ketinggian 15 meter. Walaupun tidak terlalu tinggi, tetapi mempunyai curahan jatuh air yang agak banyak dan sangat deras.
Perlu ada stamina yang kuat juga bila datang kat sini. Masa turun memang best. Masa naik… Huhuhu kepala lutut boleh ketar. Ada juga kami lihat, orang² tua, terpaksa berehat sebentar ketika menaiki anak tangga ke atas.
Bagi kami berdua…. Memang berpeluh juga dibuatnya.

.Lawatan 2 : Kintamani Mountain View
Lokasi : sebuah kecamatan di Kabupaten Bangli
Tiket masuk : IDR30,000
Perjalanan seterusnya kami ke Kintamani (mountain view). Masa yang diambil dari Tegenungan Waterfall ke Kintamani ialah kira² sejam setengah (50km). Perjalanan dengan pendakian ke kawasan tinggi dan cuaca semakin sejuk. Dalan perjalanan ada banyak jugak port² untuk penggemar kopi luwak (kami bukan penggemar kopi, so tak singgah). Sepanjang perjalanan jugak dapat dilihat hasil² sayur²an yang segar² macam kat cameron highland.
Sempat sampai di Kintamani sebelum cuaca berubah (hujan). Kami diingatkan oleh Dana, agar berhati² dengan penjual jalanan di sana. Penjual jalanannya agak agresif juga untuk menarik kita membeli barangan jualan.
Allahhuakbar…. Permandangan Gununf batur dan Danau Batur memang cantik. Sempat juga kami mengambil beberapa keping foto sebelum pemandangan kami di seliputi oleh kabus yang agak tebal diikuti dengan hujan renyai.
Sedikit infomasi untuk Gunung Batur :
Tinggi : 1717 meter
Jenis : gunung berapi yang aktif. Kali terakhir meletus pada tahun 2000. Dari tahun 1804 hingga 2005, telah 26 kali gunung ini meletus dan mengeluarkan larva nya.
Tasik Batur mempunyai keluasan lebih kurang 18km persegi dab merupakan tasik yang terbesar di Bali.
Kami berehat untuk makan tengahari dan solat di Grand Puncak Sari Restaurant. Makanan kat sini halal dan ada terdapat surau yang agak selesa.
Di restoran ini makanan yang disedikan adalah secara buffet dengan kadar IDR120k termasuk tax. Memang sedap dab memenuhi selera kami. Sate dia terbaik……
Sehingga kami ke kenderaan, masih peniaga jalanan mengejar kami untuk membeli barang jualan mereka.

Lawatan 3 : Tegalalang Rice Terrace
Tiket: tiada, tetapi ada disediakan tabung derma.
Perjalanan untuk lawatan ke3 diteruskan. Perjalanan mengambil masa kira² sejam dengan jarak 30km dari restoran di kintamani. Sepanjang perjalanan hujan. Kami berdoa agar hujan reda. Alhamdulillah bila sampai di sana hujan agak reda tetapi bila nak start tour di teres padi, hujan kembali lagi. Nasib baik Dana ada sediakan payung.
Disebabkan hujan yang lebat, kami tidak dapat untuk explore lebih jauh ke bawah bagi menikmati pamandangan sawahnya yang menghijau.
Bagi penggemar aktiviti luar, di sini ada disediakan aktiviti flying fox dan buaian gantung. Ada tiket dikenakan bagi aktiviti² ini. Hahaha bagi kami yang dah berumur ni, memang tidak berminat dengan aktiviti tersebut. Tengok aje lah….. Mula² ada jugak aktiviti flying fox tu, tetapi hujan semakin mencurah, so aktiviti itu tertunda. Safety…. Tidak dapat dipastikan…..
Jika hari itu diizinkan untuk explore hingga ke bawah dab menghampiri teres² padi, ia akan menjadi satu memori yang hebat. Bila manusia bersatu dengab alam, ada rasa yang akan terbit. Ada rasa memandang, ada rasa mendengar dan ada rasa menghidu. Maybe nextbtime boleh ke sini lagi untuk menikmati semua panorama dan pancaindera ini.
Sedikit perkongsian ilmu :
Tegalalang Rice Terrace ini memang tempat penduduk setempat menanam padi. Waktu kami di sana, sawah padi sedang menghijau dan telah ada teres² yang mulai menguning padinya.
Sawah padi di sana diairi oleh Pengairan Subak dan kaedah pengairan ini diwarisi dari zaman berzaman sejak kurun ke 8 lagi.
Aku dapat merasi air dari Subak irigasi ini…. Sejuk beb…..
Lawatan 4 : Ubud Palace
Perjalanan masih lagi diteruskan di dalam hujan menuruni jalanraya untuk ke Ubud. Diceritakan oleh Dana bahawa Ubud ini terkenal dengan pelancong / warganegara dari Australia. Ada warga Australia yang bermastautin di sana (menginap untuk satu² tempoh dan ada juga yang membeli hartanah dengan menggunakan nama penduduk tempatan).
Sampai di Istana Ubud atau juga dikenali sebagai puri Saren Agung, keadaan agak sesak dengan kehadiran pelancong. Hujan masih lagi renyai². Sempat juga kami mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan sampai disana. Di kawasan itu jugak ada pentas tari dimana acaranya bermula jam 7 malam setiap hari dan tarinya berbeza setiap hari antaranya tari Legong, Barong hingga dramatari Ramayana.
Sedikit perkongsian : Istana ini menjadi saksi kejayaan pemerintahan Kerajaan Ubud yang berkuasa di Bali mulai abad ke 17. Kini istana ini menjadi muzium dan pusat kesenian tradisional bali.
Lawatan 5 : Pasar Seni Ubud
Lokasi : bertentangan dengan Istana Ubud. Jalan kaki lebih kurang seminit aje. Menyeberang jalan, sampailah ke Pasar Ubud. Pasar ni dah semakin besar jika dulu hanya ada kompleks yg bertingkat, tetapi sekarang telah ada kedai² yang dibina disekitar kompleks tersebut. Tempat / kawasan nya agak luas. Jadi kami tak explore habis. Mungki faktor usia dan agak penat setelah hampir seharian ber tour…..
Tapi apa yang dapat disimpulkan di sini ada dijual :
1. Baju tshirt
2. Baju balik bali
3. Baju / kain untuk ke pantai
4. Cincin atau barang perhiasan dari perak.
5. Lukisan
6. Kraftangan
7. Patung ukiran
8. Dll (hehehehe…… Kenalah datang sini. Baru tahu feel dia camna)
Waktu operasinya ialah dari jam 4 pagi hingga 6 petang. Adalah menjadi kepercayaan masyarakat setempat, untuk melancarkan jualan sepanjang hari, maka haruslah berhasil menjual barangan di pagi hari. Walaupun untungnya tipis. Oleh itu jom datang awal2 kat sini. Boleh tawar menawar dengan harga yang sangat rendah. Istilah kepada kepercayaan ini “Pengarus Dagangan”
Tips lain:
Survey dulu pasarnya. Sebab pasarnya bertingkat². Lagi atas dan kedalam, berkemungkinan dapat harga yang lebih rendah.
Sebagai contoh yang berlaku pada kami. Kami nak beli topi bali (sport cap yang bercorak kain batik bali dengan tulisan bali dihadapan). Harga topi disebuah kedai dibahagian hadapan kompleks tersebut ialah IDR150k tetapi kami dapat membelinya dengan kualiti lebih elok di lantai 1 dan kedai yang agak kedalam dengan harga IDR50k sahaja. Lumayankan……
Kami masih membuat pembelian secara berhati² lagi. Mungkin mood untuk shopping belum tiba lagi……
Lawatan 6 : shopping di Krisna Bali
Lokasi : ada 5 cawangan
1. Krisna Nusa Indah
2. Krisna Nusa Kambangan
3. Krisna Sunset Road
4. Krisna 24 jam
5. Krisna Singaraja
Hari semakin menghampiri lewar petang. Kami meneruskan perjalanan ke lokasi yang ke 6 iaitu Krisna Bali untuk shopping. Ada 5 cawangan semuanya. Kami di bawa ke cawangan Krisna Bali di Sunset Road (aku agak sahaja sebab selalu nampak signboard jalan ni semasa di sana).
Perjalanan sejauh 40km mengambil masa selama satu setengah jam. Kenderaan semakin banyak diatas jalan kerana hari ini adalah hari sabtu. So malam nya adalah malam minggu. Pelancong dari dalam dan luar negeri pun semakin ramai.
Disepanjang perjalanan kami terhibur dengan pemandangan ditaburan kedai² yang menjual lukisan. Dana memberi tahu bahawa Kota Ubud merupakan kota seni dan di sana merupakan tempat kelahiran ramai pelukis².
Ya, jika anda ke Bali tetapi tidak ke Krisna Bali untuk shopping maka tidak lengkaplah percutian anda. Di Krisna Bali ini macam² ada. Ada juga cawangannya yang dibuka 24 jam. So tiada alasan jika anda tidak singgah sebentar. Tempat yang kami lawati di buka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Apa yang ada di sini….. Senang aje, apa yang selalu kita google sebelum hendak pergi ke sesuatu tempat. Begitu lah di Krisna Bali. Boleh dikatakan sebagai one stop centre untuk membeli ole² Bali. Semuanya ada, dari kain baju, beg, barang perhiasan, souvenir, lukisan dan makanan…. Semuanya boleh didapati di sana. Di sini juga disediakan perkhidmatan untuk membungkus barang² yang telah anda beli. Senang kan…..
Apa yang kami beli…. Shhhhhh….. Mana boleh tahu…… Tapi agak banyak juga yang dibeli. Kos yang terlebur di sini dianggarkan dalam sekitar IDR1.3juta. Antara barang yang kami beli adalah kacang disco yang agak terkenal disini. Lain²….. Kebanyakannya adalah baju….dan souvenir.
Penah weh….. Laparpun ada…. Dah hampir 10 jam berjalanan. Tapi yang sangat terasa adalah penat……
Lawatan 7 : Dinner di Pawon Pasundan Restaurant.
Perjalanan dari Krisna Bali ke restauran ini mengambil masa 20 minit dengan jarak 5 km.
Masuk dalan kenderaan, memang dah rasa sangat letih. Ada satu tempat lagi kena pergi. Kami request dinner di Pawon Pasundan Restaurant. Aku pernah makan di situ ketika datang ke Bali sewaktu² dahulu. So kali nie nak bawak asben le pulak makan kat sini.
Apa yang menarik di sini. Ia pastinya halal. Kami makan Flying Gurami Fish dengan Nasi Timbel. Kami berkongsi hidangan kerana seperti biasa portionnya banyak……
Hari masih lagi hujan. Kami bergerak kembali ke hotel. Badan pun dah semakin penat. Hampir 12 jam kami keluar. Suasana jalan di kawasan hotel agak macet. Perjalanan sejauh 5 km pun hampir setengah jam. Kami dinasihat oleh Dana agar tidak merayau dimalam minggu ini kerana ramai pelancong akan keluar dan pergi ke pub yang berhampiran untuk saturday nite fever.
Apa yang berlaku, kami keluar jugak setelah hujan berhenti. Tapi tak jauh, sebelah hotel sahaja utk foot massage. Kena pandai cari, dapat harga murah….. Tempat kami buat foot massage ini agak cerah. Asben aku suka……
Day 3
Lawatan 8 : Ground zero Bali (Bom Bali)
Kami keluar hotel agak awal. Tujuannya adalah ke Ground Zero Bali iaitu tempat berlakunya bom bali pada tahun 2002. Jarak dengan tempat kami menginap tak jauh. Jalan kaki secara santai kira² 7 minit. Ada tugu peringatan dibina bagi memperingati mangsa² yang terkorban.
Kami tak lama di sana. Hanya mengambil beberapa keping gambar dan kembali berjalan pulang ke hotel. Huhuhu….. Belum sarapn pagi lagi weh…… Sebelum tiba di hotel kami terpaksa membuat lencongan juga. Pit stop di indomaret berhadapan hotel kami. Tujuannya untuk membeli air aqua (air mineral), asben ku beli tuna pastry dan aku ngidam nak makan mangga harum manis. Harus manis memang murah kat sini. Aku beli 2 biji dengan berat lebih kurang 600 gm. Semestinya murah, manis dan sedap.
Untuk breakfast aku makan english breakfast jugak (kali nie scramble egg) dan asben aku makan mee goreng (dia ne memang melayu sungguh).

Rasa mengantuk dan letih masih menguasai. Kami kembali ke bilik dan ambil keputusan untuk rehat dahulu. Asben aku siap tidur lagi. Dana sampai jam 9.30 seperti yang dijanjikan. Kami bergerak ke destinasi selanjutnya iaitu Tanah Lot
Lawatan 9 : Tanah Lot
Lokasi : Tabanan
Tiket : IDR60,000
Sepanjang perjalanan dari tempat penginapan ke Tanah Lot kami tak banyak berbicara. Aku dan suami mengambil kesempatan untuk melelapkan mata. Perjalanan sejauh 30 km mengambil masa lebih kurang sejam. Boleh dikatakan agak banyak juga kenderaan pada hari minggu.
Kami dimaklumkan oleh Dana, maksud Tanah Lot ialah Temple at Sea. Tanah = Temple dan Lot = Sea.
Tempatnya agak luas dan selesa bagi para pelancong.
Sewaktu kami tiba, cuasa memang sangat cantik. Panas terik. Sesuai untuk mengambil gambar. Asben aku memang sangat teruja. Memang banyak gambar² yang menarik dapat diambil.
Kebetulan air tengah pasang dab ada ombak besar. So dapatlah kami melihat beberapa peluncur air ‘surfing’……
Di sini juga terdapat photographer yang menjalankan aktiviti mengambil gambar dan print gambar dengan harga yang munasabah IDR 20k sekeping. Kami beli 2 keping gambar kami yang di tangkap oleh photographer sebagai memori kami di sana.
Hehehehe…. Sempat juga kami shopping lagi. Dapat lah beberapa helai seluar balibong, tshirt, mukena dan kain bali.
Yang istimewanya kami sempat beli pai susu dhian dan pai kacang dhian (mula² tak nk beli) dan siap packing dlm kotak lagi dengan bayaran IDR10k). Aku syorkan kalau nak beli pai, carilah kedai yang menjual pai sahaja supaya senang nak bertanya kepada peniaga tersebut, bila pai ini sampai. Kebetulan pain nie sampai pada pagi tadi. Untung kami. Tapi dalam untung tu, ada juga tak untungnya…… Kami tak kira berapa kotak yang dimasukkan ke dalam kotak besar untuk dipacking. Akibatnya peniaga terlebih caj IDR 20k kerana tersilap kira bilangan kotak pai yang dibeli. Jadi pengajaran kepada kami juga.
Nota kaki : pai susu boleh tahan selama 3 hari di dalam suhu bilik dan tahan seminggu jika disimpan di dalam peti ais.
Manakala pai kacang boleh tahan sebulan
Sedikit informasi Tanah Lot:
Tanah Lot merupakan tebing tinggi menganjur ke laut. Di atasnya di bina kuil agama hindu (Pura Tanah Lot) yang menjadi tarikan utama pelancong.
Tebing tinggi Tanah Lot terbentuk melalui hakisan berjuta tahun semasa pasang surut lautan.
Dikatakan Tanah Lot dibina Nirath (sami) pada abad ke 15. Ia digunakan sebagai satu tempat suci untuk mengagungkan Tuhan Laut Bali.
Kuil Tanah Lot adalah satu daripada 7 kuil laut sekitar pantai bali. Dipercayai mengawal roh² jahat dan penceroboh. Kononnya terdapat seekor ular tang sangat besar yang melindungi kuil yang dicipta oleh Niratha semasa beliau tiba disana.
Lawatan 10 : Lunch di Restaurant Ayam Tulang Lunak Malioboro.
Aku ada buat sedikit blog survey atau review sebelum ke sini. Akhirnya aku bertemu dengan aebuah restaurant halal yang diberi nama Restaurant Ayam Tulang Lunak Malioboro. So dari Tanah Lot kemi kembali semula ke Kuta District untuk lunch. Sejam juga perjalanannya.
Oh ya hampir terlupa (kena rewind balik). Pagi tadi dalam lawatan ke 9 (Tanah Lot), dalam perjalanan ke sana kami telah dibawa oleh Dana menyusuri Kuta Beach. Ada Kuta Square dan hotel² yang agak besar di sana. Pelancong dari Malaysia memang suka menginap di kawasan ni. Suami aku tak suka sangat dengan pantai². Lagipun kampung kami dekat dengan pantai…. Hehehehe…..
Ok kita sambung kembali bicara tentang nak makan di malioboro. Akibat rasa lapar dan tamak, kami telah memesan makanan yang sangat berlebihan di sana. Menu yang kami pesan ialah 2 jenis ayam tulang lunak ( biasa dan bercili), salad kuah kacang, air alpokat dan es jeruk ais. Untuk pengetahuan ayam tulang lunak bersaiz setengah ekor. Kalau korang kuat makan ayam rasanya boleh habis jugak setengah ekor tu. Bagi aku dan suami aku yang bersaiz sederhana ni. Bila dah jadi ayam seekor tu dah kira besar lah jugak. Mungkin psikologi yang mengatakan ayam seekor ( rasa macam besar). Akhirnya tak habis dimakan. Pembaziran adalah amalan syaitan. Ingat tu jangan tamak.
Walau bagaimanapun pemilihan untuk lunch di sini memang terbaik. Makanan dia memang sedap. Suami aku memang suka sangat dengan jus alpokat. Kami bagi 5 bintang. Harga….. Boleh tahan mahal……
Lawatan 11 : Solat di Masjid Nurul Huda
Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Agung oleh penduduk setempat. Berdiri megah ditengah Kampung Gelgel, Klungkung dan merupakan masjid perrama dibangunkan di Bali sejak abad ke 14. Adalah dikata bahawa terdapat 40 orang pahlawan islam dari majapahit menemani raja bali kembali ke pulaunya selepas perjumpaan raja² dari nusantara. Dan kemudiannya pahlawan tersebut dibenarkan membuka sebuah penempatan di bali.
Kawasan ini merupakan pemukiman muslim yang tertua di Bali dan di sini juga bermula sejarah komuniti islam dan banyak kesan² penyebaran islam masih terdapat sehingga ke hari ini.
Alamat penuh:
Masjid Nurul Huda Gelgel
Jl. Waturenggong Desa Gelgel
kec. klungkung, Kabupaten Klungkung
Provinsi Bali.
Kami berasa sangat nyaman di sini…… Allahu akbar dan Alhamdulillah….

Lawatan 12 : Garuda Wisnu Kencana Cultural Park.
Lokasi : Jl. raya Uluwatu, Ungasan Kuta Selatan, Kabupaten Badung
Tiket : IDR125,000
Kami teruskan lagi. Kali ini ke Garuda Wisnu Kencana Cultural Park atau lebih dikenali sebagai GWK. Perjalanan sejauh 50km mengambil masa lebih kurang sejam setengah.
Sedikit latar belakang GWK.
Berkeluasan sekitar 60 hektar. Dibangunkan secara berperingkat semenjak tahun 1992. Pembangunan tempat ini bertujuan sebagai mercu tanda kebudayaan di Bali.
Fasiliti yang ada:
Wisnu Plaza, Lotus Pond, Exhibition Hall, Kura² Plaza, Restoran New Beranda, Street Theatre, Amphiteatre, inderaloka Garden, Restoraan Jendela Bali dan Kedai Souvenir.
Bagi kami yang pertama kali sampai di GWK. Tiket yang dikenakan adalah agak mahal. Tapi semasa menulis blog ini, aku sempat browse satu blog yang mengatakan bahawa harga tiket itu termasuk beberapa acara harian yang berlaku di GWK bermula dari jam 10 pagi hingga 9 malam. Kebanyakkannya adalah pementasan dan tarian yang berlangsung di Amphitheatre. Hah…. Kalau nak rasa berbaloi dengan harga tiket kenalah duduk seharian di sana.
Daya tarikan utama di sini ialah patung Garuda Wisnu yang berukuran sangat besar dan tinggi. Jika kita di Airport Ngurah Rai, patung tersebut sangat jelas kelihatan. Patung itu diukir oleh pengukir terkenal Nyoman Nuarta.
Ada yang mengatakan bahawa patung ini akan dibangunkan dengan ketinggian 126 meter dan lebar 60 meter. Namun hingga saat ini tingginya hanya 20 meter.
Kami tak lama di sini. Tak larat nak pusing² sebab tempatnya sangat luas. Kebetulan semasa kunjungan kami ke sana, kami tidak dapat menghampiri patung tersebut kerana ada function. So hanya melihat dari kejauhan sahaja. Lagipun niat kami sebenarnya adalah ke Uluwatu untuk melihat kecak dance dan sunset
Lawatan 13 : Uluwatu Temple
Tiket masuk pura : IDR30,000
Tiket kecak dance : IDR100,000
Lokasi : Wilayah Desa Pecatu, Kecamatan Kuta, Badung
Perjalanan dari GWK ke Uluwatu Temple tidak lama. Hanya 10 minit (20km) sahaja. Sampai kami di sana memang pelancong sangat ramai. Semuanya dengan satu tujuan iaitu untuk menyaksikan tari kecak (Kecak Dance).
Disebabkan pengunjung yang ramai, Dana menawarkan diri untuk membeli tiket bagi pertunjukkan kecak dance manakala kami membeli tiket bagi memasuki kawasan pura di sana. Pura Uluwatu ini kedudukkan lebih tinggi dari Tanah Lot jika diukur dari permukaan laut (97 meter dari aras laut). Gayat juga bila melihat kebawah.

Aku rasa ramai yang akan menyampaikan pesan bila ke sini. Pesannya hati². Di sini banyak monyet. Monyet² di sini akan mengambil topi atau cermin mata. Suami aku simpan topi kegemarannya dan tukar cermin mata. Dia pakai cermin mata lama semasa berjalana di pura Uluwatu. Sepanjang berjalan di sana untuk mengambil gambar² permandangan, 2 kali kami terserempak dengan monyet yang agak nakal. Berderau jugak darah……. Hajat di hati nak pergi sampai ke hujung tebing, tetapi ada sekeluarga monyet sedang beristirahat di pertengahan jalan. Terbantut hajat kami. Kami berpatah balik dan menantikan Dana selesai membeli tiket untuk Kecak Dance.
Aku nasihatkan kepada anda semua supaya masuk awal dan memilih tempat yang sesuai untuk melihat kecak dance serta sunset. Kawasannya seperti amphitheater terbuka dan memang selesa. Kecuali jika ramai pengunjung maka akan diletakkan bangku² plastik dibawah. Dah tak cantik sangat untuk melihat kecak dance. Kaki pula memilih untuk duduk di barisan paling atas. Oh ya…. Hampir lupa. Acaranya bermula jam 6 petang setiap hari kecuali hari nyepi (korang Google lah sendiri apa tu hari nyepi).
Hari kami di sana. Tiada sunset sebab awan tebal dan cuaca agak mendung.
Hampit terlupa, di tempat membeli tiket untuk masuk ke pura uluwatu ada sebuah kotak berisi dua jenis kain (ungu dan Kuning jingga). Sebagai pengunjung kita wajib memakainya. Aku hanya mengikat kain kuning jingga di pinggang manakala asben aku memakai kain unggu dan kain kuning jingga diikat di pinggang. Kain unggu itu bagi mereka yang memakai seluar pendek.
Selesai kecak dance kami berangkat pulang ke hotel. Tamat lah sudah tour kami bersama Dana. Hingga berjumpa lagi dengan Tour Guide yang terbaik ini.
Sedikit info berkaitan Kecak Dance:
Tari Kecak biasa disebut juga tari cak atau tari api. Tidak diiringi muzik tetapi hanya paduan suara sekelompok manusia penari lelaki sekitar 70 orang.
Adal usul nama kecak:
Pencipta tarian ialah Wayan Limbak pada tahun 1930 dan di bantu oleh Walter Spies (pelukis asal jerman). Penari lelaki akan meneriak kata ‘cak,cak,cak’ maka dari situ tercipta kecak

Lawatan 14 : Foot Massage
Akibat kepenatan dan lenguh² kaki, kami pergi lagi tempat semalam untuk foot massage. Kali nie memang terasa sakitnya bahagian kaki bila diurut. Semua urat dah tegang². Kos IDR80,000 sejam.
Makan malam…… Hehehehehehe….. Kami makan kat hotel sahaja sebab masing² dah penat. Aku makan spaghetti dan suami makan fish n chip serta maggi cup yang dibawa dari Malaysia.
Continue reading “TRIP KE BALI” →